eVo 7 + kAncIL vs fErrari
Pada
suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan
sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua
yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu
kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun
berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah
kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"A'ha rosak." Jawap pakcik tu simple aje.
"OK, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat nie bagi idea.
"Worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam."
"OK pakcik."
Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya
diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan slow dan
berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi
pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun
slowkan balik.
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari
belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang
dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie. Lupa la
pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang
tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai
nak rak.
Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... Ini dah lebih speed limit nie. Kate
polis nie. Cecah 250kmj memasing nie. Dia pun contact la kengkawan dia
kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie.
"OVER...OVER,
ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,
sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye
punye.........satu kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu, siap bagi
hon dan hi-beam nak potong kereta depan..."
No comments:
Post a Comment