sekadar lawak

Berikut adalah maklum balas selepas majlis perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamad Jiwa

Rosyam Nor:

"Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos rancangan MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin nak siar kat TV, jemputlah saya untuk jadi hos".

Datuk Yusof Haslam:

"Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk watak Datuk K".

Datuk Sharifah Aini:

"Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah".

Ella:

"Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk".

Mawi:

"Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan niat
saya untuk 'potong line' tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan suaminya. Selamat pengantin baru".

Ina (Tunang Mawi):

"Jaga mak....Jaga mak... Jaga mak..".

Aznil:

"Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat saye
kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit".

Pak Lah:

"Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti"

Sammy Vellu:

"Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol tidak akan dinaikkan untuk beberape taun. Siti boleh le selalu balik kampung di Kuale Lipis".

Syarifah Amani:

"I didn't go cos I will look stupid if I wear kurung Melayu".

Karam Singh Walia:

"Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua".

Muhammad Aazif (anak Datuk K):

"Kalau dulu bila sambut Mother's Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father's Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu tu.. "Ayahku Kahwin Lagi".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...