tiga beradik

Ada tiga orang adik beradik, tiga-tiganya pompuan. Anak yang tua namanya Suzana. Anak kedua namanya Siti dan yang ketiga Bungsu nama Sari.

Oleh kerana mereka bertiga nie menjadi kesayangan kedua orangtuanya, maka dikahwinkan mereka bertiga nie serentak. Selepas kahwin pergilah mereka honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing.

Suzana memilih untuk ke Pulau Tioman di Pahang, Siti pulak ke Pulau Pangkor Perak dan Sari ke Langkawi kedah... .. selama mereka berbulan madu kedua orang tua mereka meminta mereka manghantarkan mereka berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh honeymoon mereka tu... . Tetapi meminta mereka mengirimkan dengan pesanan singkat mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu datang lah postman menghantar postcard. Postcard dari suzana dari Tioman berbunyi ringkas sahaja "STANDARD CHARTERED". Setelah membaca postcard tu sibuklah ayahnya mencari iklan standard chartered di akhbar. Iklan tu berbunyi "BESAR, TEGUH, PERAMAH" maka tersenyumlah ayah dan bonda Suzana... faham lah mereka anaknya sedang berbahagia...

Pada hari keempat datang postman membaca surat dari Siti di Pulau Pangkor. Beritanya pendek saja. "NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di majalah dibacanya iklan tersebut berbunyi... .."NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR" Tersenyum bangga kedua orang tua Siti. Sambil bertepuk bertampar.

Masuk hari kelima tiada surat yang datang, begitu jugak hari keenam dan hari ketujuh tiada berita malah kelibat postman pun tiada. Tiada berita dari anak bungsunya Sari. Ayah dan Ibu Sari mengeleng kepala... terdetik dalam hati mereka eh... .anak aku nie dah dapat suami langsong lupakan aku...hingga tak menghantar berita pada aku pun...

Setelah masuk minggu kedua... .akhirnya kedua orang tua Sari pun didatangi sebuah telegram dari Langkawi yang singkat ringkas saja berbunyi....CATHAY PACIFIC. Segera dicarinya iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi 7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP !!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...