Hadiah Harijadi

Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.

Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan Jendul!

Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.

Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);

Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana
Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu
sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli
yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.

Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San.

San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie.
Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.

Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,
Hasan Jendul

P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...