Medley Jangan Ketawa

JANGAN KETAWA 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan
sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata
tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan
namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si
suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama
setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang
memanggilku Aisyah...."


JANGAN KETAWA 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya
dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa
berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis
dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang..
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer
menjawab: "47 kg! "Gadis kedua cuba untuk menimbang,
dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin
itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer
mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..
jangan ramai- ramai!"


JANGAN KETAWA 3:

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan
ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta
tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan
kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan
terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat
menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke
seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah,
perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana
tercampaknya!"



JANGAN KETAWA 4:

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah
durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah
durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa
orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya
pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


JANGAN KETAWA 5:

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan
hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg
pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun",
orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas
saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila
kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab
kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu
dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila
ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta
sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin
tingkap..." lalu org gila itu dimasukkan kembali ke
hospital"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...