Medley Lagi

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik
menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab
dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh
tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?"
kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan
seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...



PALING BERSIH

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan
malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur
yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."



SILAP DAIL

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia.
Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus
Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?"
Kata
Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu
Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon



BARU KAHWIN


Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan
seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari
yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu,
sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang
sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...