Perginya Steve Jobs

Steve Jobs
Hari ini dunia dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh yang berpengaruh dalam dunia telekomunikasi antarabangsa. Pengasas bersama Apple Inc., Steve Jobs telah disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 dikala umurnya 56 tahun.

Tentu ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui latarbelakang Steve Jobs ini, jadi kita kenal-kenal la sikit dengan beliau. Steve Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 dan dipelihara oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan graduan Universiti Wisconsin, US. Sejak dari kecil memang beliau terdedah kepada alatan elektronik dan telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap peralatan elektronik. Ramai yang beranggapan bahawa beliau adalah seorang yang genius dan sentiasa berfikiran maju ke hadapan. Perkara ini juga telah diperakui oleh guru sekolahnya pada ketika itu.
Sebaik sahaja tamat persekolahannya, beliau banyak bergaul dengan seorang Jurutera Komputer yang bernama Steve Wozniak. Persahabatannya dengan Wozniak telah membibitkan idea untuk menubuhkan satu syarikat komputer yang diberi nama Apple Computer. Berkembangnya syarikat mereka adalah hasil idea genius yang mana pada asalnya, modal permulaan mereka menubuhkan Apple adalah dengan menjual bas milik Jobs dan juga kalkulator saintifik Wozniak.

Siapa sangka dengan permulaan yang begitu kecil, kini Apple sudah menjadi nama besar dalam  industri perkomputeran dan juga komunikasi di seluruh dunia. Untuk mengtahui dengan lebih banyak lagi, bolehlah baca artikel kat web ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...