Post di hari mulia...
TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap
lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam
kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan
tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya
ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia
akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :
di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata
kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari
yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad
S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu
pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji
Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan
disinari cahaya baginya".
sumber dari fb
2 comments:
lailahaillah..semoga kita berjaya dlm temuduga terakhir..
mudah-mudahan..
Post a Comment