Lim Guan Eng minta maaf kat Sultan & rakyat Johor

Hari ni dah keluar kat berita-berita Malaysia tentang permohonan maaf dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor mahupun mana-mana negeri di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, beliau mendakwa kenyataannya berhubung Johor itu telah disalah lapor oleh pihak media kawalan Barisan Nasional (BN).

“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara patik memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas rasa tersinggung Tuanku terhadap kenyataan Johor yang dibuat patik dan juga (maaf) kepada rakyat Johor,”- Guan Eng

Macam-macam la sekarang ni..tak tahu dah mana satu betul mana satu salah...permainan politik yang sukar untuk ditafsirkan oleh orang-orang macam OM =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...